hubungi maklumbalas faq petalaman

 

Soalan Lazim

Soalan Lazim

1. PERMOHONAN PINDAHMILIK DI BAWAH SEKSYEN 120 KANUN  TANAH NEGARA

S1:  Apakah Seksyen 120 KTN?
J1:  Pengenaan Syarat-Syarat nyata dan sekatan-sekatan kepentingan apabila pemberimilikan dibuat di bawah Akta ini.

S2: Bagaimana untuk membuat permohonan ini?
J2 : i) Pemohon perlu mengisi borang permohonan pindahmilik dengan lengkap yang telah disediakan di Pejabat Tanah.

      ii) pemohon perlu sediakan dokumen yang diperlukan seperti

  • a)      Salinan kad pengenalan tuan tanah / bakal penerima
  • b)      Salinan sijil lahir tuan tanah / bakal penerimamilik
  • c)      Salinan Geran Tanah
  • d)      Cabutan Hakmilik tanah
  • e)      Salinan resit hasil terkini


S3 : Berapakah bayaran yang diperlukan untuk permohonan ini?

J3:  Memfail        -RM 20.00, Notis    - RM 6.00 per Orang,  Deposit Sijil    -  RM 60.00 per lot

S4 : Berapa lamakah proses untuk mendapat kelulusan?
J4 : Proses kelulusan Pentadbir Tanah Jajahan dianggarkan 2 minggu jika tiada halangan manakala kelulusan oleh Pengarah Tanah Dan Galian (PTG) / MMK selama 2 bulan.

S5 : Setelah mendapat kelulusan apakah langkah seterusnya?
J5 :  Setelah mendapat kelulusan, pemohon diberi sijil kelulusan EXCO dan seterusnya pemohon  perlu membawa sijil tersebut ke kaunter pendaftaran untuk memindah milik dengan mengisi borang 14A

STATISTIK PELAWAT

86518
TodayToday295
YesterdayYesterday171
This_WeekThis_Week751
This_MonthThis_Month2972
All_DaysAll_Days86518
© Hakcipta Terpelihara {2019} Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok Kampung Telok 16300 Bachok, Kelantan. Tel : 609-778 8963 / 609-778 8314 Faks : 609-7789500 / 609-7789809 Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800

Please publish modules in offcanvas position.