Daerah Bekelam
PROFIL DAERAH BEKELAM
LATAR BELAKANG
LOKASI
Daerah Bekelam adalah satu daripada 8 Daerah dalam Jajahan Bachok. Kedudukannya disebelah barat bandar Bachok. Jarak daripada Bandar Bachok 13 KM dan jarak dari Pekan Jelawat 5 KM. Daerah Bekalam bersempadan dengan Tanjong Pauh disebelah timur dan utara. Daerah Gunung disebelah selatan dan pada sebelah Barat bersempadan dengan Banggu Jajahan Kota Bharu.
KELUASAN
Luas Daerah Bekelam adalah lebih kurang 24 KM persegi dan mempunyai Lima Mukim Penghulu dan 30 buah kampung yang berada di bawah Daerah Bekelam. Keluasan mukim-mukim adalah sepertimana berikut
Bilangan |
Nama Mukim |
Keluasan (KM persegi) |
1. |
Temu Renggas |
5 |
2. |
Chap |
6 |
3. |
Kuchelong |
7 |
4. |
Cherang Hangus |
3 |
5. |
Tualang Salak |
3 |
|
Luas Daerah |
24 KM Persegi |
* Keluasan Jajahan Bachok 279KM/Persegi |
Bil |
Nama Mukim |
Nama Penghulu |
1. |
Mukim Temu Ranggas |
Marjan bin Mohamad Nawi |
2. |
Mukim Chap |
Mat Jusoh bin Latiff |
3. |
Mukim Tualang Salak |
Manan bin Hamzah |
4. |
Mukim Cherang Hangus |
Hj. Nawawi bin hanafi |
5. |
Mukim Kuchelong |
Mohd Yusof bin Awang |
DEMOGRAFI
BILANGAN PENDUDUK MENGIKUT KAUM DAN MUKIM
Bil |
Mukim |
Melayu |
Cina |
India/ Lain-lain |
1. |
Temu Ranggas |
2602 |
- |
- |
2. |
Chap |
2634 |
- |
- |
3. |
Cherang Hangus |
1525 |
190 |
- |
4. |
Kuchelong |
3019 |
- |
- |
5. |
Tualang Salak |
1512 |
- |
- |
Jumlah Penduduk |
11019 |
190 |
0 |
KEGIATAN EKONOMI
Pada umumnya perkerjaan utama penduduk Daerah Bekelam adalah dalam bidang pertanian seperti menanam padi dua kali setahun, menanam sayur-sayuran, buruh binaan, kakitangan kerajaan, pekerja kilang, pengusaha bengkel perabot dan sebagainya. Adalah lebihkurang 79.6% penduduk adalah petani dan kerja kampung, lebih kurang 187.02 hakter atau 462.13 ekar tanah sawah padi, 80 ekar tanah dusun dan selebihnya adalah getah dan tanaman tembakau.
1.4% pekerja swasta, 0.7 % pekerja kilang, 1.4% pekerja kerajaan, 1.3 % buruh kasar, 0.6% peruncit dan selebihnya 15.0% adalah golongan tua dan tidak berkerja.
Terdapat sattu bendang padi yang diusahakan secara berkelompok di Kg. Padang Lati Kuchelong yang dikenali bendang padi Cherub dibawah kawalan pihak KADA dimana tanah milik penduduk diambil secara kebenaran untuk diusahakan secara ladang dan hasilnya dipulangkan balik kepada petani mengikut peratus keluasan tanah.
Manakala di kawasan Kuchelong melibatkan keluasan tanah 20 ekar yang disewa oleh petani mengusahakan penanaman sayur-sayuran secara besar-besaran dan menjadi pembekal sayur yang utama dalam Daerah Bekelam.
INDUSTRI KAMPUNG/KRAFTANGAN
1 ANUM'S - Pengusaha Biskut dan Kek (Kg. Tualang Salak)
2 Lie Sos - Industri makanan spt sos cili, tomato, kicap, cuka, budu, minuman oren dll (Kg. Padang Lati Hulu)
3 Mak Su Minah - Kraftangan Saji Pungguk (Kg. Padang Lati Hilir)
4 Cakya Sokmo Furnitures - Pengusaha perabot berasas kayu (Kg. Chap)
KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
Nama pasukan Kebudayaan dan Kesenian yang terdapat dalam Daerah Bekelam adalah seperti berikut:
1 Pasukan Dikir Barat Sri kuchelong, Kg. Kuchelong
2 Pasukan Rebana Ubi kg. Bukit marak
3 Pasukan Dikir Barat Belia 4B Tualang Salak
4 Pasukan seni Silat Cantik Kg. Kuchelong
5 Kumpulan Boxing Tomoi Kg. Belukar
SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
Bil |
Nama Sekolah |
Lokasi/ Mukim |
---|---|---|
1. |
Sek. Rendah. Kebangsaan Bekelam |
Bekelam |
2. |
Sek. Rendah Kebangsaan Kuchelong |
Kuchelong |
3. |
Sek. Rendah Kebangsaan Chap |
Chap |
4. |
Sek. Men. Keb. Putri Saadong |
Kg. Bukit Marak |
5. |
Sek. Men. Agama Al- Hidayah |
Kg. Chap |
TADIKA
1. Tadika Kemas Temu Renggas
2. Tadika Kemas Tualang Salak
3. Tadika Kemas Kuchelong
4. Tadika Chap
5. Pasti Kg. Chap
6. Pasti Kg. Kuchelong
PONDOK POLIS : Pondok Polis Bekelam, Kg. Chap Bekelam.
PUSAT PENGAJIAN TINGGI : TIADA
HOSPITAL/ KLINIK KERAJAAN/ SWASTA : TIADA
CHALET/ RESORT/ HOTEL : TIADA
TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH
Di Daerah Bekelam yang terdapat 2 buah bukit iaitu Bukit Kechik dan Bukit Marak. Di Bukit Kechik ini terkenal menjadi tempat tinggal lagenda Puteri Saadong. Diriwayatkan, maka dengan takdir Tuhan, rakit yang sedang terapung-apung di lautan itu ditolak oleh sekawan ikan kecil ketepi pantai, di negeri Jembal. Semasa rakit itu berada di tepi pantai, terlihatlah rakit itu oleh sepasang suami isteri yang bernam Pak Mandul dan Mak Mandul. Seorang budak yang berada di dalam rakit itu pon di bawa pulang. Budak itu dijaga dan di asuh dengan penuh kasih sayang sehingga besarlah dia. Pak Mandul menamai budak itu Tuk Lahir. Apabila dewasa, Tuk Lahir telah berkahwin dan dikurnia tujuh orang anak. Yang sulung bernama Raja Loyar. Dipendekkan cerita, Raja Loyar pun bernikah dengan Cik Siti Wan Beriman. Mereka mendapat Seorang anak perempuan yang diberi nama Puteri Saadong.
Setelah dewasa, Puteri Saadong pun berkahwin dengan Raja Abdullah. malangnya, selepas berkahwin, Puteri Saadong di larkan oleh Raja Siam. Sebaik sahaja Puteri Saadong di bawa ke istana, Raja Siam dijangkiti penyakit kudis. Semakin lama semakin Raja Siam menjadi semakin parah.
Melihat penyakit kudis Raja semakin teruk, nujum pun dipanggil ke istana. "ada pun penyakit Tuanku ini puncanya daripada perbuatan Tuanku sendiri kerana membawa balik perempuan cantik itu".
Raja siam menitahkan supaya Puteri Saadong dihantar pulang. Namun begitu, Raja Abdullah enggan menerima Puteri Saadong. Lebih malang lagi Puteri Saadong tidak diterima oleh keluarganya. Puteri Saadong berasa kecewa itu terus membawa diri ke Bukit Marak dalam Daerah Bekelam Bachok Kelantan dan mendirikan Negeri disitu. Tidak lama kemudian, Bukit Marak menjadi bertambah makmur. Rakyat jelata amat menyukai Puteri Saadong. Semakin hari semakin ramailah orang datang untuk menetap dan menjadi rakyat Bukit Marak, maka mashurlah negeri di bawah pemerintahan Puteri Saadong ke merata-rata tempat.
Semasa di Bukit Marak, rakyat terus berhubung dengan Puteri Saadong. Setiap kali ada kenduri kendara rakyat akan meminjam pinggang mangkuk dari Puteri Saadong, namun ada juga rakyat yang tidak amanah kerana tidak menghantar balik barang yang dipinjam tersebut. Sikap rakyat yang sebegini menyebabkan Puteri Saadong merajuk lalu membawa diri ke Gunung Reng Jeli dan selepas tujuh tahun pula ke Gunung tebu Jertih dan akhirnya ke Bukit Gunung Ayam.
Oleh itu di Daerah Bekelam, Bukit Marak menjadi tempat yang terkenal dari sudut sejarah dulu hingga kini disebabkan oleh perihal Puteri Saadong anak Raja Jembal ini.
KEAGAMAAN
SENARAI MASJID
a.Masjid Mukim Temu Ranggas
b. Masjid Jemek Mukim Chap
c. Masjid Mukim Kuchelong
d. Masjid Mukim Cherang Hangus
e. Masjid Mukim Tualang Salak
f. Masjid Sub Mukim Lo'ak
KUIL/KETIK : Tiada
KEISTIMEWAAN/KEUNIKAN DAERAH
Di Daerah Bekelam, keistimewaan ialah terkenalnya Bukit Marak sebagai tempat bersejarah pemerintahan Puteri Saadong yang mashur dan terkenal dalam sejarah Negeri Kelantan, namun begitu Bukit Marak tempat yang bersejarah kini ditinggalkan terbiar tanpa perhatian dan pengawasan.
Daerah Bekelam juga terkenal dengan penempatan kaum cina. Masyarakat cina disini hidup dengan aman dan damai dikelilingi oleh orang Melayu dan saling bekerjasama mengeratkan perpaduan diantara kaum di Daerah ini.
PENUTUP
Daerah Bekelam pada umumnya adalah sederhana membangun dengan peratusan besar adalah golongan petani iaitu menanam padi, dimana sumber pendapatan rakyat adalah dari hasil pertanian.
Daerah Bekelam juga ketinggalan dari arus perdana terutamanya dari segi pembangunan untuk manfaat rakyat. Tinggal lagi kemudahan asas untuk rakyat perlulah bekerjasama dan dipertingkatkan lagi sebagaimana di Baroh Cherang Hangus banyak kawasan telah terbiar kerana air bertakung dan tidak dapat ditanam padi, oleh itu kawasan ini amat perlu diberi perhatian pembangunan untuk pemulihan tanah terbiar agar rakyat dapat menanam padi.
Daerah Bekelam juga terdapat masalah kemiskinan tegar rakyat yang dikenal pasti. Tinggal golongan miskin tegar ini perlu dan amat wajar dibantu seperti bantuan bulanan, pemulihan dan pembaikian rumah yang amat uzur, pembinaan rumah, bantuan peralatan dan sebagainya demi untuk mengurangkan kadar kemiskinan rakyat dalam Daerah.
Manakala kemudahan asas seperti jalan-jalan perlu diperbaiki dan dinaikkan taraf manakala jalan Bekelam ke Tanjung Hilir amat sesuai diletak dan diselenggarakan oleh JKR negeri manakala dua jambatan sempit di jalan JKR Negeri antara Jelawat - Bekelam – Bukit Marak iaitu di Chap dan di Padang Lati perlu di perlebarkan kerana kesempitan jambatan ini menyebabkan kerapkali mendatangkan kesulitan kepada pengguna bahkan kerapkali berlakunya kemalangan. Akhirnya pembangunan fizikal tanpa pembangunan rohani jiwa rakyat akan menjadi kosong. Oleh itu pembangunan fizikal hendaklah dilaksanakan dan pembangunan rohani juga hendaklah dibangun untuk faedah rakyat di Daerah ini.