Khidmat Pengurusan
Objektif Bahagian Pentadbiran
- Menyediakan dan memberikan perkhidmatan yang berkualiti bagi menjamin kelicinan dan keselesaan pentadbiran di peringkat Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok.
- Menyedia dan memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat dalam Jajahan Bachok melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan, keagamaan, kebajikan, keselamatan, sukan dan sebagainya dengan cemerlang.
- Bertindak sebagai institusi perantaraan bagi menerima dan menyampaikan polisi, arahan, panduan kajian kepada rakyat dan menerima maklumbalas berhubung dengannya.
Peranan Bahagian Pentadbiran
- Mengurus hal-hal berhubung dengan kewangan termasuk membayar gaji pegawai/ kakitangan pejabat.
- Memproses dan mengeluarkan lesen-lesen hiburan dan lesen bahan-bahan kawakan.
- Urusan keselamatan Jajahan Bachok.
- Mengadakan kawalan dan pemulihan mangsa-mangsa malapetaka bencana alam (banjir).
- Mengadakan aktiviti-aktiviti untuk perpaduan rakyat.
- Menguruskan dan mengadakan berbagai-bagai perayaan.
- Menganjur dan mengadakan majlis dialog dan ceramah sivik di peringkat Jajahan.
- Menyelaras kegiatan badan-badan sukarela peringkat Jajahan.
- Urusan pilihan raya dan daftar pemilih.
- Urusan pentadbiran peringkat daerah.