Accessibility Tools

Skip to main content
hubungi maklumbalas faq petalaman

 

Perutusan Ketua Jajahan

 

hj zaki do

YABrs. Haji Mohd Zaki Bin Yusoff
Ketua Jajahan Bachok
02 Mac 2025 (Ahad)
01 Ramadhan 1446H
 

Bismillahir Rahmanir Rahiim 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Laman Web Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok dapat dibangunkan dengan jayanya selaras dasar kerajaan yang mahukan setiap agensi kerajaan mempunyai laman web mereka sendiri bagi tujuan penyebaran maklumat yang lebih efisien dan efektif.

Teknologi maklumat adalah sangat penting dan merupakan aset utama pembangunan sesebuah negara. Menyedari akan kepentingannya, Perdana Menteri kita telah mengesyorkan penggunaan IT secara meluas supaya masyarakat turut sama mengecapi kemajuan dan tidak ketinggalan dalam mengejar arus kemodenan masa kini. Dengan kepesatan dunia sains dan teknologi kini juga dapat membantu pekerja sektor awam meningkatkan prestasi serta kualiti pejabat kerajaan khususnya Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok.

Saya sedar matlamat untuk mencapai tahap perkhidmatan yang cemerlang bagi sesebuah organisasi bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan keinginan dan komitmen yang tinggi di kalangan pekerja untuk memperbaiki dan memajukan diri seiring dengan perkembangan teknologi maklumat kini. Adalah menjadi harapan saya, laman web ini menjadi satu sumber maklumat penting dan bahan rujukan kepada semua pihak. Di kesempatan ini juga, saya merakamkan terima kasih dan tahniah kepada para pegawai dan semua yang terlibat dalam menghasilkan laman web ini. Insyaallah, marilah sama-sama kita berdoa semoga usaha murni ini mendapat keberkatan Allah s.w.t.

Sekian, wassalam.

 

 

  • Hits: 17675

DASAR PRIVASI

KELGOV PPST