hubungi maklumbalas faq petalaman

 

Tempat-Tempat Menarik

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI JAJAHAN BACHOK

Jajahan Bachok kaya dengan tempat-tempat menarik yang sentiasa menjadi pilihan pelancong dari luar negara mahupun rakyat tempatan. Antara tempat-tempat yang boleh dikunjungi di jajahan ini ialah:

 

PANTAI IRAMA

Pantai Irama yang merupakan tempat perlancongan utama di Jajahan Bachok dengan jaraknya 18Km dari bandar Kota Bharu. Dipantai ini sesuai untuk
mandi-mandian dan juga bermain atau mengadakan aktiviti yang bersesuaian. Pantainya yang cantik serta airlaut yang membiru amat memikat hati
dan sungguh menakjubkan seluas mata yang memandang.

 

 

KUALA KEMAYANG

Kuala Kemayang merupakan salah satu tempat tarikan pelancongan dimana disitu terdapat pemandangannya yang cantik serta airnya yang tenang.  Jaraknya hanya 14 km dari badar Kota Bharu dan terletak dalam daerah Tawang.

 

VILLA DANIALA BEACH RESORT

Alamilah Khazanah tersembunyi di Tok Bali dengan pantai yang belum tercemar serta pasir yang memutih. Villa Danialla adalah sebuah surga pantai di Laut China Selatan yang membiru serta memikat hati dan sungguh menakjubkan seluas mata memandang. Tempat yang penuh dengan ketenangan yang anda idam-idamkan selama ini.

 

SUDARA BEACH RESORT

Pelbagai pilihan chalet dan bilik hotel Sudara Beach Resort ditawarkan bagi memenuhi citarasa anda. Bilik standard, deluxe, family dan suite. Samada anda memilih Pakej Bulan Madu atau pakej Hari Keluarga atau Pakej Kumpulan pasti anda dapat keselesaan dan harga menepati citarasa anda. Kira-kira 45 KM dari bandar Kota Bharu didalam jajahan Bachok di Daerah Telong. Kelembutan dan kedamaian suasana menyentuh perasaan dan menenangkan jiwa. Keluar berlayar merupakan satu sukan baik pada setiap tahun dan anginnya yang bertiup akan menjadikan pemandangan yang serba indah dari kehidupan yang membosankan akan memberi kenangan yang indah di Laut China Selatan. Kelihatan pulau-pulau berdekatan seperti pulau Saji dan Pulau Susu Dara dikenali juga oleh penduduk setempat sebagai SUDARA

 

 

PERMAI CHALET MELAWI

Alamilah pengelaman dan kemeriahan Permai Chalet di Pantai Melawi, terletak 23 Km dari Bandar Kota Bharu (Kira-kira 30 minit Perjalanan) dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra mengambil masa 30 minit dengan menggunakan teksi atau dari perhentian bas Kota Bharu dapatkan bas 23/B ke cabang 3 Melawi. Pantainya yang memutih dan alunan ombak mengalu-galukan kedatangan anda. Penyebab dan keselesaan kami sediakan di Chalet dan Dorms

 

KUIL NAGA

Wat Phothikyan Phutthhaktham juga dikenali sebagai Kuil Naga yang amat popular dikalangan penganut agama Buddha di Malaysia. Kuil ini terletak dikampong Balai Daerah Kemasin, Bachok, Kelantan. Kuil ini juga popular di seluruh dunia terutama di Eropah, Australia dan Asia Pasifik. Apabila anda sampai dipintu kuil ini anda akan kagum melihat ukiran yang penuh keunikan. Dimana sepasang Naga yang cantik menyambut kedatangan anda.

STATISTIK PELAWAT

87048
TodayToday114
YesterdayYesterday148
This_WeekThis_Week1281
This_MonthThis_Month3502
All_DaysAll_Days87048
© Hakcipta Terpelihara {2019} Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok Kampung Telok 16300 Bachok, Kelantan. Tel : 609-778 8963 / 609-778 8314 Faks : 609-7789500 / 609-7789809 Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800

Please publish modules in offcanvas position.