Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISAK) Tahun 2017
PTJB telah memenangi anugerah sempena Majlis Sambutan Hari Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan (AISAK) Tahun 2017 dan Pencapaian Prestasi Hasil Tahun 2016 pada 31 Oktober 2017 (Selasa) bertempat Di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim. Anugerah berkenaan telah disampaikan oleh YB Dato' Haji Mohd Faudzi bin Haji Che Mamat, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Senarai anugerah yang diterima adalah sebagaimana berikut:
- JOHAN Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK) Tahun 2017 - Kaunter Green Lane (KGL)
- TEMPAT KETIGA Anugerah Inovasi ICT (AIICT) Tahun 2017 - Sistem Pengurusan Pelajar Latihan Industri (SPPLI)
- SAGUHATI Anugerah Inovasi Pejabat Tanah Dan Jajahan (AIPTJ) Tahun 2017 - Pengurusan Fail Perizaban (Smart Colors)
Sekalung tahniah diucapkan kepada YABrs. Tuan Haji Norazmi bin Berahim (Ketua Jajahan Bachok) dan seluruh warga PTJB diatas pencapaian tersebut.
Untuk lihat foto sila klik pada URL di bawah ini: