hubungi maklumbalas faq petalaman

 

NAZIRAN

 

AUDIT DALAM

Pelaksanaan Audit Dalam Di Kementerian Atau Jabatan Persekutuan
Dan Kerajaan Negeri

Tujuan
Pekeliling ini bertujuan memberi penjelasan mengenai peranan dan
tanggungjawab Unit Audit Dalam, Ketua Setiausaha Kementerian atau
Ketua Jabatan Persekutuan atau Setiausaha Kerajaan Negeri dan
Perbendaharaan Malaysia serta memberi arahan terhadap
pelaksanaan audit dalam.

Penubuhan Unit Audit Dalam
Ketua Setiausaha Kementerian/Ketua Jabatan Persekutuan/
Setiausaha Kerajaan Negeri (selepas ini dirujuk sebagai “Ketua
Eksekutif”) bertanggungjawab untuk menubuhkan Unit Audit Dalam di
bawah organisasi/pentadbirannya. Ketua Eksekutif juga hendaklah
memastikan keperluan sumber manusia Unit Audit Dalam sejajar
dengan saiz dan operasi organisasi.


Bagi Jabatan yang tidak mempunyai Unit Audit Dalam, fungsi audit
dalam hendaklah dijalankan oleh Unit Audit Dalam yang ditubuhkan di
Kementerian yang mengawal selia Jabatan tersebut.
Dalam konteks Kerajaan Negeri, Unit Audit Dalam yang dirujuk dalam
Pekeliling ini bermaksud Unit Audit Dalam yang telah diluluskan
penubuhannya di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.


Unit Audit Dalam diketuai oleh Ketua Audit Dalam dan
bertanggungjawab terus kepada Ketua Eksekutif untuk menjamin
keberkesanan Unit Audit Dalam.


Definisi Dan Objektif Unit Audit Dalam


Audit dalam merupakan satu fungsi bebas, yang memberi kepastian
dan khidmat perundingan secara objektif untuk menambah nilai dan
mempertingkatkan tahap operasi organisasi.


Objektif Unit Audit Dalam adalah untuk membantu sesebuah
organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik
dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua
proses kawalan dan tadbir urus.

STATISTIK PELAWAT

48402
TodayToday19
YesterdayYesterday70
This_WeekThis_Week504
This_MonthThis_Month3054
All_DaysAll_Days48402

KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini : 09 Julai 2024 .
© Hakcipta Terpelihara {2019} Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok Kampung Telok 16300 Bachok, Kelantan. Tel : 609-778 8963 / 609-778 8314 Faks : 609-7789500 / 609-7789809 Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800