hubungi maklumbalas faq petalaman

 

Daerah Gunung

Daerah Gunung

 

PROFIL +++ DEMOGRAFI +++ KEGIATAN EKONOMI +++ KEMUDAHAN AWAM +++ KEAGAMAAN +++ KEISTIMEWAAN

 

PROFIL

Sejarah menunjukkan Daerah Gunong wujud sekitar tahun 1832 bersama Kampung Laut, Banggol, Lebir dan Bukit Merah ketika Kelantan diperintah oleh Sultan Mohammad II (1832-1878) yang  juga memrintah Kelantan serta jajahan takluknya. Daerah Gunong yang ketika itu dikenali sebagai "Pancor" adalah di bawah pemerintahan Long Yusoff, putera kepada Long Ahmad. Beliau yang dikenali sebagai "Raja Bukit Pancor" mempunyai pusat pemerintahan yang sekarang ini dikawasan yang terletak "Gunong Kuari" sekarang ini. Beliau yang kalah perang dengan abang iparnya, Long Tam, Raja Limbat di Kampung Padang MooKan, Dalam Daerah Peringat telah melarikan diri ke Kemaman , Terengganu.

Asal-usul nama daerah Gunong berasal dari sebuah bukit yang mempunyai ketinggian hampir 600 meter dengan keluasan hampir 200 hekter yang terletah ditengah-tengah daerah itu. Bukit tersebut dikenali sebagai "Bukit Gunong" telah diwartakan sebagai " Tanah Sultan" atau "Sultan Land". Daerah Gunong bersempadang dengan Daerah Banggu dan Daerah Peringat, di dalam jajahan Kota Bharu, Daerah Mahligai yang merupakan pecahan daripada sebahagian Daerah Gunong disebelah Baratnya. Daerah Bukit Jawa disebelah Jajahan Pasir Putihdisebelah selatanya, Daerah Melawi dan Daerah Bekelam disebelah barat daya dan Timur Lautnya.

Dari segi pentadbiran Daerah Gunong terletak di bawah pentadbiran Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok. Manakala dalam kawasan pilihanraya, Daerah Gunong terletak di dalam DUN Jelawat dalam Parlimen Bachok. Pilihan Raya Umum 2008 menyaksikan Abdul Aziz Kadir dipilih sebagai ADUN Jelawat, manakala Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dipilih sebagai Ahli Parliman Bachok.

Keluasan Daerah Gunong ialah 57.54 kilometer persegi atau 22.20 batu persegi dengan bentuk muka bumi yang rata dengan bukit-bukit seperti Bukit Gunong, Bukit Chenda, Bukit Bator, Bukit Kechik dan Bukit Hanyut. Daerah Gunong mempunyai 12 mukim penghulu sebagaimana dibawah:-


BIL

NAMA MUKIM

NAMA PENGHULU
1. GUNONG ABDUL SATAR BIN MOHAMAD
2. TEPUS IDRIS BIN DAUD
3. TERATAK PULAI HASSAN BIN AWANG SOH
4. JELAWAT HANAFI BIN SIDEK
5. SURAU BATUL ABDUL GHANI ZUKRI BIN DAUD
6. SENENG CHE IBRAHIM BIN CHE MAT
7. PERMATANG PASIR NORKAMAL BIN NAWI
8. TELAGA ARA KHALID BIN SHAFIE
9. BAKONG ZUKIR BIN DAUD
10. KUBANG BERULAT MUSTAPHA BIN AWANG
11. KUBANG TELAGA CHE MAT BIN JUSOH
12. KETING ROSLE BIN MOHAMAD



DEMOGRAFI DAERAH GUNONG
 BILANGAN PENDUDUK MENGIKUT KAUM DAN MUKIM

 


BIL

NAMA MUKIM

BIL. MELAYU

BIL. CINA

JUMLAH
1. GUNONG 2750 50 2800
2. TEPUS 2502 10 2512
3. TERATAK PULAI 1370 - 1370
4. JELAWAT 2400 300 2700
5. SURAU BATUL 1450 - 1450
6. SENENG 1600 35 1635
7. PERMATANG PASIR 1460 - 1460
8. TELAGA ARA 2850 - 2850
9. BAKONG 1250 - 1250
10. KUBANG BERULAT 1002 - 1002
11. KUBANG TELAGA 1350 - 1350
12. KETING 1600 - 1600
  JUMLAH 21584 395 21979


Bancian penduduk Daerah Gunong pada tahun 2009 ialah 24,180 orang dengan bangsa Melayu 24,973 orang , manakala bangsa cina seramai 395 orang.

KEGIATAN EKONOMI DAERAH GUNONG
 

Kebanyakan kegiatan ekonomi penduduk di dalam daerah Gunong bergantung kepada sektor pertanian (Padi dan Getah) , penternakan (Lembu, Kambing dan Itik Telor), perniagaan, buruh dan perkhidmatan kerajaan.

Industri Kampung/ Kraftangan.

Industri kampung yang wujud di Daerah Gunong ialah membuat roti di kampung Pak Mali, Gunong. Manakala industri kraftangan ialah ukiran kayu di kampung Lubuk Kuin, Kampung Bakong dan Telaga Ara. 

Kesenian Dan Kebudayaan

i. Kumpulan Silat Gayong dan Tommoi berpusat di Kampung Bukit Temalong
ii. Kumpulan Dikir Barat di kampung Kubang Telaga, Telaga Ara dan Cabang Tiga Bator
iii. Manakala kumpulan kompang di Permatang Pasir.

KEMUDAHAN AWAM DAERAH GUNONG

Daerah Gunong mempunyai kemudahan-kemudahan Awam seperti jalan raya, pondok telefon, sekolah Rendah dan Menengah, klinik bidang, klinik swasta, pondok politik ,trek kuda, litar Go-Kart dan juga sekolah swasta. Daerah gunong mempunyai beberapa batang jalan raya yang dibawah pengurusan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang juga dikenali jalan negeri. Berikut adalah jalan-jalan dibawah pengurusan JKR:-

1. Jalan Bukit Hanyut ke Pekan Jelawat (8-kilometer)
2. Jalan Pauh ke Kubang Telaga (8-kilometer)
3. Jalan Gunong ke Kampung Keting (5-kilometer)
4. Jalan Pauh Lima ke Cabang Tiga Bator (2-kilometer)
5. Jalan Kampung Pauh Butut Ke Kampung Sungai Binjai (1-kilometer) 

Daerah Gunong mempunyai jalan-jalan yang berstatus jalan penggawa, diantaranya ialah:-

1. Jalan Durian Kudong ke Kampung Alur Pauh (10-kilometer)
2. Jalan Jelawat ke Kampung Gelang Badak (10-kilometer)
3. Jalan Seneng ke Telaga Ara (4-kilometer)
4. Jalan Alor Ganu ke Tempoyak (4-kilometer)
5. Jalan Telaga Ara ke Bukit Kechik (2-kilometer)
6. Jalan Keting ke Kampung Belukar (2-kilometer)
7. Jalan Padang Tembak (1-kilometer)
8. Jalan Jelawat ke kampung Permatang Pasir (4-kilometer)
9. Jalan Keliling Bukit Bator (2-kilometer)
10. Jalan Bukit Bator ke Kampung Teratak Pulai (2-kilometer)
11. Jalan Kampung Tepus ke Kubang Itik (2-kilometer)
12. Jalan Lubuk Kuin (4-kilometer)
13. Jalan Kamung Gong baru ke Kubang Berulat (2-kilometer)
14. Jalan Kedai Ahmad ke Kampung Bakong (4-kilometer)
15. Jalan Kampung Bakung ke Kampung Kuau Besar (3-kilometer)
16. Jalan Kampung Bakong ke Telaga Ara (3-kilometer)
17. Jalan Gong Tungai ke Kampung Kuau Besar (3-kilometer)
18. Jalan Kubang Telaga ke Sempadan Jajahan Pasir Putih (0.5-kilometer)
19. Jalan Dalam Kota ke Sungai Pakdir (1-kilometer)
20. Jalan Gunong ke Jelutong (5-kilometer)

Manakala Balai Polis terdapat di Kampung Gunong, manakala Pondok Polis terdapat di Pekan Jelawat dan Kampung Kubang Telaga. Kemudahan Sekolah Rendah Kebangsaan pula ialah:-

1. Sekolah Rendah Kebangsaan Gunong
2. Sekolah Rendah Kebangsaan Jelawat
3. Sekolah Rendah Kebangsaan Jelawat II 
4. Sekolah Rendah Kebangsaan Seneng 
5. Sekolah Rendah Kebangsaan Telaga Ara 
6. Sekolah Rendah Kebangsaan Kubang Telaga 
7. Sekolah Rendah Kebangsaan Keting

Beberapa Sekolah Menengah Kebangsaan Terdapat di Daerah Gunong:-

1. Sekolah Menengah Kebangsaan Gunong
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Telaga
4. Sekolah Menengah Kebangsaan Pulai
5. Institut Tunas Bakti (ITB-Swasta)

Manakala Pusat Kesihatan dan juga Klinik Kerajaan pula ialah:-

1. Pusat Kesihatan Besar Gunong
2. Klinik Desa Kepala Batas
3. Klinik Bidang Jelawat
4. Klinik Bidan Telaga Ara
5. Klinik Bidan Pauh Lima

Klinik Swasta pula ialah:-

1. Klinik Dr. Nawi
2. Klinik Dr. Azmi
3. Klinik Iklas Dr. Martina
4. Klinik Gigi Fatah

TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH
Diantara tempat bersejarahyang terdapat di Daerah Gunong ialah di lokasi Kampung Panchor dimana tempat tersebut merupakan sebuah daerah yang paling awl wujud di negeri Kelantan. Kampung ini telah wujud semenjak pemerintahan Sultan Muhamad ke II. Lokasi kampung ini terlrtak diantara jalan besar Gunong ke Pasir Puteh. Kesan peninggalan sejarah bagi kawasan ini boleh didapati di lokasi berhampiran dengan kawasan Perindustrian Kuari di kawasan Gunong Kuari.

Selain daripada itu, terdapat juga kawasan Litar Go-Kart di Daerah Gunong iaitu di kampung Panchor dan ia sering menjadi tumpuan apabila berlangsungnya pertandingan Go-Kart peringkat negeri, negara mahupun peringkat antarabangsa.

 

KEAGAMAAN DAERAH GUNONG
 BILANGAN MASJID DI DALAM DAERAH GUNONG
 


BIL

NAMA MASJID MUKIM

JUM. PENDUDUK

NAMA IMAN MUKIM

MASJID

SURAU
1. GUNONG 2750 MOHD YUSOFF YAACOB ADA 5
2. TEPUS 2502 MOHD YOSOFF RAHMAN ADA 6
3. TERATAK PULAI 1370 N/A ADA 6
4. JELAWAT 2400 IBRAHIM BIN MAMAT ADA 6
5. SURAU BATUL 1450 MAT SEMAN YUSOFF ADA 8
6. SENENG 1600 N/A TIADA 7
7. PERMATANG PASIR 1460 MOHD YASSIN BIN NOOR ADA 2
8. TELAGA ARA 2850 MOHD YUSOFF MOHAMAD ADA 4
9. BAKONG 1250 ISMAIL BIN AWANG ADA 7
10. KUBANG BERULAT 1002 N/A TIADA 7
11. KUBANG TELAGA 1350 MOHAMMAD BIN NOOR ADA 4
12. KETING 1600 ISMAIL BIN AHMAD ADA 4
13. BUKIT KECHIK N/A ABDUL RAHMAN BIN YA ADA N/A
14. SURAU BATUL N/A MAT SEMAN YUSOFF ADA 5
  JUMLAH (PENDUDUK ISLAM) 21584   12 70


Bancian penduduk Daerah Gunong pada tahun 2009 beragama Islam ialah 21584 dan dua(2) masjid mukim yang amat diperlukan oleh penduduk iaitu Kg. Seneng dan Kg.Kubang Berulat.

KEISTIMEWAAN GUNONG

Keistimewaan Daerah Gunong terletak kepada pertandingan sukan Antarabangsa sebagaimana berikut:-


BIL

ACARA

PERINGKAT
1. Go-Kart Kebangsaan/antarabangsa
2. Kuda Lasak

Kebangsaan/Antarabangsa



Terdapat Kemudahan seperti:-

1. Pasaraya Pantai Timur
2. Pakan Jelawat
3. Bukit Gunong sesuai dijadikan tempat perlancongan.



PENUTUP

DEARAH GUNONG MERUPAKAN DAERAH YANG MEMPUNYAI BILANGAN MUKIM PENGHULU YANG PALING BANYAK SEKALI DIJAJAHAN BACHOK IAIATU 12 ORANG. DAERAH INI JUGA BERPOTENSI UNTUK DIMAJUKAN KERANA KEDUDUKANNYA YANG STRATEGIK DIANTARA KOTA BHARU DENGAN PASIR PUTEH.

STATISTIK PELAWAT

36263
TodayToday25
YesterdayYesterday144
This_WeekThis_Week802
This_MonthThis_Month2122
All_DaysAll_Days36263

KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini : 07 April 2024 .
© Hakcipta Terpelihara {2019} Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok Kampung Telok 16300 Bachok, Kelantan. Tel : 609-778 8963 / 609-778 8314 Faks : 609-7789500 / 609-7789809 Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800