1. Memantau pelaksanaan Pelan Strategik Teknologi Maklumat agensi yang mengandungi perancangan penggunaan IT dalam menyokong pencapaian matlamat Agensi;
2. Memperkenalkan dan menyepadukan proses-proses yang cross functional antara Jabatan bagi menghasilkan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan;
3. Menyelaras pembangunan, pengendalian dan pengurusan sistem dan infrastruktur IT yang utuh dan selamat serta berdasarkan kepada ciri modular, connectivity, inter-operability dan portability;
4. Menentukan hala tuju sistem aplikasi Agensi bagi mengurangkan masa dan kos pembangunan, penyelenggaraan dan pengoperasian;
5. Memelihara integriti data elektronik, menggalak perkongsian maklumat dan menyediakan kaedah bagi penyebaran maklumat secara elektronik kepada pengguna-pengguna yang sah sama ada dalam atau luar Agensi;
6. Mempromosikan kegunaan IT yang berkesan dan seiringan untuk mencapai matlamat strategik agensi dan bertindak sebagai agen dan perintis perubahan (Champion of Change); dan
7. Memimpin dan melibatkan Agensi dalam usaha-usaha Kerajaan untuk membangun dan melaksanakan projek IT sektor awam yang membawa dalam pengurusan dan pentadbiran Perkhidmatan Awam.
Hits: 13914
Written by Super User NW on . Posted in ePenyertaan.
Dasar e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok (PTJB).
PTJB sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan Jabatan untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.
Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.
Oleh yang demikian, PTJB amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:
Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.
Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.
DILARANG menggunakan ruangan e-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.
Sebagai peserta atau mengeluarkan kenyataan dalam ruangan e-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan e-Penyertaan.
Hits: 20270
DASAR PRIVASI
Warning: Undefined variable $your_date in /home/agensikel-ptjb25/www3/ptjbachok/modules/mod_eac_splwpk/tmpl/default.php on line 89
timestamp="">
KELGOV PPST