hubungi maklumbalas faq petalaman

 

Daerah Perupok

 

DAERAH PERUPOK

LATAR BELAKANG
Daerah Perupok adalah salah satu Daerah daripada 8 Daerah dalan Jajahan Bachok. Kedudukan Daerah Perupok merangkumi dari sebelah selatanya Kampung Padang Cina sehingga Kemasin (Pintu Gerbang Pengkalan Petah), di sebelah Timur nya adalah Tanjung Pauh, di utaranya Daerah Tawang dan diselatanya pula jiran terdekat iaitu Melawi.

KELUASAN
Keluasan keseluruhannya bagi Daerah Perupok ialah 20.56 km/persegi.

BENTUK MUKA BUMI
Keadaan bentuk muka bumi Daerah Perupok ialah rata dan tanahnya jenis berpasir yang terdapat disepanjang pantai, diLaut China Selatan. Bermula dari Kuala Kemasin sehingga ke Pantai Kampung Nipah dan ianya tidaklan subur untuk perusahaan pertanian. Walaupun begitu, terdapat lebih kurang 200-250 orang nelayan disepanjang pantai yang menggunakan Perahu Sekoci sepanjang 24kaki.  Daerah Perupok juga mempunyai tanah gembur yang amat sesuai untuk tanaman Tembakau, Jagung , Ubi keledek, Tembikai dan juga sayuran yang bersesuaian dimana tanah nya terletak diantara mukim yang terdapat di darah ini. Mukim-mukim tersebut ialah Bandar Bachok, Nipah, Pengkalan Chengal, Tok Dosah, Balai, Pantai Damak dan Mukim Kemasin.

Penggawa Daerah 
Nama : Rosdi bin Ismail

Pembantu Penggawa
Nama : Nazri Bin Mamat.

SENARAI NAMA KAMPUNG DAN PENGHULU MUKIM

  No           Nama Mukim                   Jumlah Kampung                  Nama Penghulu                  
1. Mukim Pantai Damak 8 Hassan b. Mohamad
2. Mukim Nipah 3 Mohd Zou Bin Abdullah
3. Lubuk Pengkalan Chengal 5 Kasim b. Jaya
4. Mukim Tok Dosah 2 Saari b. Man
5. Mukim Balai 2 Mohd Suhaimi b. Jusoh
6. Mukim Perupuk 5 Mohd Noor b. Jusoh
7. Mukim Kubang Golok 4 Ab. Halim b. Che Lah
8. Mukim Kemasin 4 Mohd Zabidi b. Ab. Wahib
9. Mukim Bandar Bachok 10 Rodzmi b. Awang
10. Mukim Kg Panjang 5 Mohd Suhaimi Bin Abdullah
11.      

Bilangan Penduduk Mengikut Kaum dan Mukim
Jumlah penduduk Daerah Perupuk mengikut bancian tahun 2009 yang telah dibuat oleh Jabatan Perangkaan Negeri  ialah seramai 16,100 orang, mejoriti bangsa ialah orang-orang melayu beragama islam, Kaum Cina seramai 1501 orang dan Kaum Siam seramai 2,500 orang yang beragama buddha yang menetap disekitar kuil-kuil mereka.

Kegiatan Ekonomi
Kegiatan Ekonomi Daerah Perupuk dapat dibahagikan kepada dua iaitu dipersisiran pantai tidak lain selain daripada nelayan yang menggunakan perahu Sekoci. Pengkalan pendaratan ikan terutamanyan di Kuala Kemasin. Perkampungan nelayan seperti Kg. Kubang Golok, Kg. Panatai Damak, Kg. Kemasin, Kg. Tok Dosah, Kg. Panjang, Kg. Pengkalan Chengal, Kg. Telok dan Kg. Kemudi. Manakala kegiatan pertanian seperti penanaman tembakau, tembikai , jagung dan sayuran yang sesuai dengan keadaan tanah.

Industri Kampung/ Kraftangan
Industri kampung bagi Daerah Perupuk tidak banyak sangat, hanya industri membuat keropok tngkol secara kecil-kecilan di kampung pulau Belongan dan di kampung Tok Burung, Perupok serta Kubang Golok. Selain itu perusahaan membuat kuih Bahulu, Beko dan Akak di kampung Teluk. Bagi Kraftangan pula hanya di buat sekadar mengisi masa lapang di kampung Kemasin ( Membuat Tikar Mengkuang).

Kesenian dan Kebudayaan
Bagi Daerah Perupok kesenian yang dapat ditonjolkan adalah Gendang, Wayang Kulit yang dipelopori oleh Pak Nik Mat Ludin di Kg. Kemasin yang mana diletak papan kenyataan di kampung kemasin sebagai warisan seni oleh Jabatan Pelancongan Negeri Kelantan.


KEMUDAHAN AWAM

BALAI POLIS
Ibu Pejabat Polis Jajahan Bachok terletak di Bandar Bachok didalam Daerah Perupok.

HOSPITAL DAN KLINIK

   Bil               Nama  Hospital / Klinik                                       Mukim                         
   1.   Pusat Kesihatan Bachok   Perupok
   2.   Pusat Kesihatan Balai   Balai
   3.   Klinik Dr. Wan   Perupok
   4.   Klinik Dr. Ramli   Perupok
   5.   Klinik Gigi Dr. Ariffin   Perupok
   6.   Klinik Desa Perupok   Perupok

SEKOLAH RENDAH

   Bil              Nama Sekolah                                    Mukim                       
   1.   Sek. Rendah Kebangsaan Bachok   Bandar Bachok
   2.   Sek. Rendah Kebangsaan Nipah   Nipah
   3.   Sek. Rendah Kebangsaan Perupok   Perupok
   4.   Sek. Rendah Kebangsaan Kubang Golok   Kubang Golok

SEKOLAH MENENGAH

    Bil                     Nama Sekolah                            Mukim                         
    1.   Sek. Men. Kebangsaan Bachok   Bandar Bachok
    2.   Sek. Men. Kebangsaan Nipah   Nipah
    3.   Sek. Men. Kebangsaan Kubang Golok    Kubang Golok
    4.   Sek. Men. Agama Yaakubiah   Bandar Bachok
    5.    
    6.    
    7.    
    8.    

 

PELANCONGAN
CHALET/RESORT/HOTEL

1. Hotel Irama Inn 1
2. Hotel Irama Inn 2
3. Sri Nipah Resort
4. Gelora Beach Resort

KEAGAMAAN
SENARAI MASJID

   Bil                   Nama Masjid                                                     Mukim                           
   1.   Masjid Mahmudi Bachok   Bandar Bachok
   2.   Masjid Pantai Damak   Kubang Golok
   3.   Masjid Perupok   Perupok
   4.   Masjid Kubang Golok   Kubang Golok
   5.   Masjid Kemasin   Kemasin
   6.   Masjid Paya Mengkuang   Pengkalan Chengal
   7.   Masjid Nipah   Nipah

 

TANAH PERKUBURAN

 

   Bil                   Nama Tanah Perkuburan                          Lokasi/Mukim                   
   1.   Kampung Kedondong   Kemasin
   2.   Kubang Kiabang   Kemasin
   3.   Sarang Helang   Kemasin
   4.   Sungai Balai   Balai
   5.   Tok Burong   Pantai Damak
   6.   Pengkalan Chengal   Pengkalan Chengal
   7.   Sungai Hulu   Pengkalan Chengal
   8.   Balai   Balai
   9.   Nipah   Nipah
   10.   Sungai Tempoyak   Balai
   11.   Perkuburan Besar Bachok   Bachok


KUIL/ KETIK

   Bil                Nama Kuil                                                          Lokasi/Mukim                  
   1.   Wat Phothikyan Phutahakktahm   Balai
   2.   Wat Paihumviharn   Balai
   3.   Sammak Song Viriyak Sangworn   Balai


KEISTIMEWAAN / KEUNIKAN DAERAH
Pertama sekali Daerah Perupok orang patut tahu ialah kerana mempunyai Pantai Irama yang cantik sesuai untuk setiap keluarga bersantai dihari minggu. Disamping itu juga di sebelah petang pada hari Jumaat diadakan pasar malam yang bersebelahan dengan Pejabat PAS dan Pejabat Penggawa Daerah Perupok dan di hari Sabtu diadakan Pasar Tani Mega yang dianjurkan oleh FAMA sehingga tengahari.

Keduanya Daerah Perupok mempunyai Ketik/Kuil yang ada keunikan dimana dua ekor naga menjadi pagar kepada kawasan kuil dimana perbelanjaan mencecah puluhan juta ringgit. Selain itu ketik tersebut mempunyai patung Buddha yang ketinggian melebehi 40 meter, ketik ini dipanggil ketik naga yang terdapat didalam peta dunia untuk pelancong bagi orang bukan islam yang boleh dibanggakan  di Negeri Kelantan dan sentiasa dikunjungi oleh para pelancong dari seluruh negara.

STATISTIK PELAWAT

36704
TodayToday72
YesterdayYesterday168
This_WeekThis_Week283
This_MonthThis_Month2563
All_DaysAll_Days36704

KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini : 22 April 2024 .
© Hakcipta Terpelihara {2019} Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok Kampung Telok 16300 Bachok, Kelantan. Tel : 609-778 8963 / 609-778 8314 Faks : 609-7789500 / 609-7789809 Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800