hubungi maklumbalas faq petalaman

 

Dasar Privasi

Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok (PTJB) - ”Kami” faham bahawa Dasar Privasi merupakan perkara penting dan memandang serius ke atas privasi anda. Sehubungan dengan itu, ruangan ini akan memberikan informasi lebih lanjut mengenai dasar privasi kami. Kami sentiasa mengemaskini polisi ini dan mengalu-alukan sebarang cadangan atau persoalan berkaitan dengan dasar privasi Portal PTJB ini dan boleh dialamatkan terus kepada:

Ketua Jajahan Bachok
Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok
Kampung Telok,
16300 Bachok, Kelantan.
emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

A. Rangkuman

Menerangkan cara pengendalian maklumat kenal pasti diri yang dikumpulkan apabila pengunjung berada di Portal PTJB, dan apabila anda menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Dasar ini juga merangkumi pengendalian maklumat kenal pasti diri yang mungkin dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif.

B. Perkongsian dan Pendedahan Maklumat

  1. Pihak kami tidak akan menyebarkan maklumat kenal pasti pengunjung kepada mana-mana pihak atau agensi awam.
  2. Pihak kami akan berkongsi maklumat kenal pasti diri kepada mana-mana pihak atau agensi awam apabila;
  • Mendapat kebenaran berbuat demikian.
  • Dikehendaki berbuat demikian atas perintah mahkamah atau proses undang-undang;
  • atau Pihak PTJB mendapati tindakan pengunjung/pengguna portal melanggar mana-mana garis panduan penggunaan, peraturan atau terma dan syarat berkenaan yang lain dan/atau tambahan, atau syarat-syarat perkhidmatan khusus.

C. Cookie.

  1. Cookie ialah sejumlah kecil data, yang selalunya mengandungi pengenal pasti unik tanpa nama, yang dikirimkan ke penyemak imbas anda daripada komputer sesuatu tapak web dan disimpan dalam careka keras komputer anda.
  2. Setiap tapak web boleh mengirimkan cookienya sendiri kepada penyemak imbas anda jika pilihan utama penyemak imbas anda membenarkannya, tetapi (untuk melindungi privasi anda) penyemak imbas anda hanya membenarkan sesuatu tapak web untuk mengakses cookie yang telah dikirimkan oleh tapak web tersebut kepada anda, bukannya cookie yang dikirimkan kepada anda oleh tapak lain.
  3. Portal PTJB menggunakan cookie sendiri untuk beberapa tujuan:
  • Mengakses maklumat pengunjung bagi memberikan paparan dan rekabentuk portal yang lebih sesuai.
  • Menganggar dan melaporkan jumlah saiz dan lalu lintas khalayak.
  • Menjalankan penyelidikan untuk memperbaiki kandungan dan perkhidmatan Laman Web PTJB.

D. Pautan kepada Laman Web yang Lain

Portal ini mempunyai pautan ke laman web / portal lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk portal ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web / portal yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web / portal yang dilayari.

E. Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

splwpk-privacy-policies="splwpk-privacy-policies"

STATISTIK PELAWAT

38805
TodayToday93
YesterdayYesterday113
This_WeekThis_Week387
This_MonthThis_Month938
All_DaysAll_Days38805

KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini : 07 Mei 2024 .
© Hakcipta Terpelihara {2019} Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok Kampung Telok 16300 Bachok, Kelantan. Tel : 609-778 8963 / 609-778 8314 Faks : 609-7789500 / 609-7789809 Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800