hubungi maklumbalas faq petalaman

 

umi

 

Apa itu U.M.I

KONSEP PERTAMA:

UBUDIYYAH Prinsip ini menekankan tentang sifat manusia sebagai hamba kepada Allah.Maka setiap perbuatan dan pekerjaan seharian manusia hendaklah selari dengan syariat yang diturunkan oleh Allah.Ia berasaskan kepada keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Di mana setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah diniatkan sebagai ibadah. Justeru, tujuan ibadah itu sendiri merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuk tingkah laku dalam pekerjaan sama ada perbuatan, perkataan dan gerak hati (niat) yang diredhai Allah. Oleh itu, kecemerlangan dan kejayaan dalam kerjaya dan juga kehidupan ini sangat berkait rapat dengan sejauhmana kita melakukan pekerjaan itu dengan sebaik mungkin kerana Allah SWT.

 

KEDUA:

MASULIYYAH Masuliyyah pula prinsip berkaitan integriti dan tanggungjawab.Setiap perbuatan dan pekerjaan manusia adalah berkaitan dengan agama dan melibatkan soal dosa dan pahala.Ia akan dinilai dan diadili di akhirat kelak. Prinsip ini menekankan soal pelaksanaan tugas dengan penuh tanggungjawab dan akauntabiliti.

 

KETIGA:

ITQAN Itqan ialah prinsip yang menekankan kepada akhlak dan amalan soleh.Setiap manusia perlu bersungguh-sungguh, tekun dan memberi komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugas. Ini akan melahirkan kualiti kerja yang baik dan cemerlang. Ia juga melibatkan soal keikhlasan atau mutu kerja di mana dari ajaran Islam inilah yang akan menyelamatkan manusia di dunia dan di akhirat.

STATISTIK PELAWAT

37162
TodayToday105
YesterdayYesterday138
This_WeekThis_Week741
This_MonthThis_Month3021
All_DaysAll_Days37162

KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini : 22 April 2024 .
© Hakcipta Terpelihara {2019} Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok Kampung Telok 16300 Bachok, Kelantan. Tel : 609-778 8963 / 609-778 8314 Faks : 609-7789500 / 609-7789809 Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800