W3C
Tujuan capaian W3C adalah untuk membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas. Portal Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok amat prihatin terhadap golongan tersebut dan telah menyediakan kemudahan supaya mereka dapat melayari portal ini. Portal Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok telah menyediakan kemudahan seperti berikut :
PENGGUNA WARGA TUA
Bagi pengguna warna tua yang mempunyai penglihatan yang kurang jelas, Portal Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok menyediakan kemudahan pilihan teks yang berbeza di mana kemudahan ini dapat memperbesarkan dan memperkecilkan saiz font yang digunakan. Mereka boleh memilih saiz font yang lebih besar ataupun lebih kecil mengikut kesesuaian penglihatan mereka. Pengguna boleh memilih antara A-, = ataupun A+ mengikut kesesuaian penglihatan masing-masing.
PENGGUNA CACAT PENGLIHATAN
Bagi pengguna yang cacat penglihatan, terdapat pembaca teks (text reader) di dalam portal ini. Pembaca teks ini disediakan untuk sorotan penting, artikel, berita, perutusan Ketua Jajahan, soalan lazim dan bahagian kandungan portal sahaja.
Kemudahan pembaca text (text reader) menjana suara secara automatik sebagai alternatif kepada pengguna cacat penglihatan dimana mereka boleh mendengar dengan jelas isi kandungan yang ingin disampaikan. Panduan untuk menggunakan kemudahan ini adalah seperti berikut :
Semasa melayari laman ini, anda akan menemui ikon pada bahagian kandungan/artikel tersebut.
Klik padanya dan satu tetingkap baru akan muncul. Sila tunggu sebentar sementara laman tersebut sedang di'load'.
Anda boleh mendengar suara pembaca teks sejurus selepas ianya selesai dijana. Sila pastikan "speaker" komputer anda tidak berada dalam keadaan "mute".
Sila ambil perhatian bahawa ini ialah sebuah aplikasi luaran dan dihos pada pelayan luaran serta merupakan perkhidmatan yang disediakan secara percuma. Masa menunggu akan menjadi lebih lama sekiranya teks yang hendak diproses lebih panjang. Sila ambil perhatian juga, bahawa sebutan yang terhasil tidaklah sesempurna ucapan manusia dan buat masa ini ia hanya menyebut perkataan Bahasa Inggeris dengan betul.