hubungi maklumbalas faq petalaman

 

Profail Jabatan

 

Profail Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok

Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok ini telah diwujudkan pada tahun 1932 dan beroperasi di Jalan Pantai Irama sehingga tahun 1981. Setelah bangunan baru di Kampung Telok siap dibina, operasinya telah berpindah ke sini dalam tahun 1981.

Warga Kerja Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok

Diketuai Oleh Ketua Jajahan, Pegawai-Pegawai & Kakitangan Seramai 127 Orang.Pentadbiran Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu :-

i) Bahagian Pentadbiran

ii) Bahagian Pembangunan

iii) Bahagian Tanah

Bahagian Pentadbiran

Objektif:

  • Menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada rakyat supaya kehendak-kehendak mereka dapat dicapai
  • Menentu dan mengekal perpaduan yang berkesan di antara rakyat yang berbilang kaum dan kerajaan melalui muhibah,keselamatan, kemajuan, kemasyarakatan dan lain-lain
  • Mentadbirkan Jajahan dan menkordinasikan kerja-kerja bagi melaksanakan polosi-polisi
  • Kerajaan Negeri dan Persekutuan selaras dengan jabatan-jabatan kerajaan,
  • Agensi-agensi dan Badan-badan Sukarela.

Fungsi:

  • Mengurus Hal Ehwal Pentadbiran pejabat dan perkhidmatan kakitangan.
  • Melibatkan hal yang berkaiatn dengan gaji, kenaikan pangkat dan lain-lain.

Bahagian Pembangunan

Objektif:

  • Merancang & Melaksanakan Projek-Projek Kemajuan & Pembangunan Di Peringkat Jajahan.
  • Menyedia & Melaksanakan Kerja-Kerja Berhubung Dengan Projek-Projek Yang DiSediakan Oleh Kerajaan Negeri Kepada Rakyat Supaya Kehendak Mereka Dapat Dicapai.

Fungsi:

  • Merancang, Melaksana, Mengawas & Menilai Projek-Projek Pembangunan Jajahan dan Meliputi Projek-Projek Infrastruktur, Sosio Ekonomi, Program Desa Taqwa, Tabung Qardhal Hassan, Program Satu Produk Satu Jajahan dan Program Pembelaan Rakyat Termiskin.
  • Menyelaras Program Pembangunan oleh Semua Jabatan, Agensi & Institusi Kerajaan Peringkat Jajahan
  • Memproses Permohonan Mendirikan Bangunan Di Luar Kawasan Masjid Daerah Bachok.

Bahagian Tanah

Objektif:

  • Menyelia/mengurus Hal-Ehwal tanah dan menguatkuasa perbekalan undang-undang  dibawah Kanun Tanah Negara ( KTN ).
  • Menyelenggara/bekerjasama di dalam urusan pemungutan dan peningkatan hasil kerajaan terutamanya berkaitan dengan tanah
  • Bertanggungjawab bersama untuyk menyimpan, menyelia dan mengemaskini rekod-rekod, dokumen-dokumen serta data-data penting kerajaan berhubung dengan tanah seperti daftar milik/ sewa (bil P.T), penyimpanan pelan-pelan, syit dan lain-lain data bersabit dengan tanah-tanah
  • Memupuk dan memgekalkan semangat perpaduan yang harmonis dan berkesan diantara rakyat yang berbilang kaum dan agama dengan kakitangan-kakitangan kerajaan.
  • Menjaga dan mengekalkan mana baik dam imej serta prestasi kerajaan dengan mengamalkan etika-etika kerja sempena slogan kerajaan yang berslogan " BERSIH, CEKAP DAN AMANAH " serta " JUJUR " sebagai khalifah Allah didunia ini.

Fungsi:

  • Memproses permohonan milik tanah dan lesen penduduk sementara
  • Memproses permohonan pecah sempana dan pecah bahagian
  • Memproses permit batu-batan
  • Pendaftaran suratcara urusniaga
  • Pendaftaran suratcara hakmilik
  • Permohonan di bawah Sek. 124 Kanun Tanah Negara
  • Permohonan Sek. 120 Kanun Tanah Negara, 13A ERM dan ETK
  • Pungutan hasil tanah

STATISTIK PELAWAT

38354
TodayToday31
YesterdayYesterday110
This_WeekThis_Week825
This_MonthThis_Month487
All_DaysAll_Days38354

KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini : 29 April 2024 .
© Hakcipta Terpelihara {2019} Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok Kampung Telok 16300 Bachok, Kelantan. Tel : 609-778 8963 / 609-778 8314 Faks : 609-7789500 / 609-7789809 Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800