Cukai tanah hendaklah dijelaskan sebelum 1 Julai pada setiap tahun bagi mengelak denda lewat dikenakan.
Setiap pemilik tanah wajib menjelaskan cukai tanah pada setiap tahun tanpa menunggu makluman melalui bil cukai tanah atau surat peringatan daripada pejabat tanah.
Kemudahan untuk membayar cukai tanah memadai dengan hanya mengemukakan kad pengenalan pemilik semasa berurusan.
Pemilik tanah disarankan supaya memastikan alamat yang berdaftar dalam hakmilik sentiasa dikemaskini mengikut mastautin pemilik.
Cukai tanah boleh dibayar dimana-mana pejabat tanah di kelantan tanpa perlu mengikut jajahan tanah termasuk di UTC Kota Bharu atau Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan.
Kemudahan untuk menyemak hasil cukai tanah Kelantan secara percuma atau melalui telefon untuk urusan pembayaran cukai tanah di talian 609-7788963 / 7788314 sambungan: 140/219 (unit hasil).