- Penilaian Akhir Penarafan Bintang Pentadbiran Tanah (SSR) Tahun 2015 Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok telah diadakan pada 24 November 2015 hingga 25 November 2015. Seramai lima (5) orang ahli Panel Penilai yang diketuai oleh YBrs. Puan Khalijah binti Ahmad (Timbalan Pengarah Tanah Dan Galian Melaka) telah melaksanakan proses penilaian ini. Hasil keputusan akhir penilaian ini mendapati bahawa Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok telah layak diberi Penarafan 4 Bintang bagi Penarafan Bintang Pentadbiran Tanah (SSR) Tahun 2015. Tahniah diucapkan kepada semua warga Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok di atas pencapaian yang membanggakan ini.