Soalan Lazim

Soalan Lazim

1. PERMOHONAN PINDAHMILIK DI BAWAH SEKSYEN 120 KANUN  TANAH NEGARA

S1:  Apakah Seksyen 120 KTN?
J1:  Pengenaan Syarat-Syarat nyata dan sekatan-sekatan kepentingan apabila pemberimilikan dibuat di bawah Akta ini.

S2: Bagaimana untuk membuat permohonan ini?
J2 : i) Pemohon perlu mengisi borang permohonan pindahmilik dengan lengkap yang telah disediakan di Pejabat Tanah.

      ii) pemohon perlu sediakan dokumen yang diperlukan seperti

  • a)      Salinan kad pengenalan tuan tanah / bakal penerima
  • b)      Salinan sijil lahir tuan tanah / bakal penerimamilik
  • c)      Salinan Geran Tanah
  • d)      Cabutan Hakmilik tanah
  • e)      Salinan resit hasil terkini


S3 : Berapakah bayaran yang diperlukan untuk permohonan ini?

J3:  Memfail        -RM 20.00, Notis    - RM 6.00 per Orang,  Deposit Sijil    -  RM 60.00 per lot

S4 : Berapa lamakah proses untuk mendapat kelulusan?
J4 : Proses kelulusan Pentadbir Tanah Jajahan dianggarkan 2 minggu jika tiada halangan manakala kelulusan oleh Pengarah Tanah Dan Galian (PTG) / MMK selama 2 bulan.

S5 : Setelah mendapat kelulusan apakah langkah seterusnya?
J5 :  Setelah mendapat kelulusan, pemohon diberi sijil kelulusan EXCO dan seterusnya pemohon  perlu membawa sijil tersebut ke kaunter pendaftaran untuk memindah milik dengan mengisi borang 14A