Perutusan Ketua Jajahan

 

 

YABrs. HAJI SHAMSUL  BIN ABU BAKAR

KETUA JAJAHAN BACHOK

20 OGOS 2023 

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Laman Web Rasmi Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok ini dapat dibangunkan dan menjadi medium utama dalam menyalurkan maklumat yang terkini kepada orang ramai serta jabatan-jabatan kerajaan dengan pantas hanya di hujung jari sahaja.

 

Saya berharap supaya laman web ini menjadi satu wadah maklumat yang tepat dari masa ke semasa bagi memenuhi kehendak semua pengguna. Maklumat yang berkualiti mempengaruhi kepuasan pelanggan adalah dimensi tindakbalas yang berkesan antara penjawat awam dan pelanggan. 

Semoga Laman Web Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok akan mendapat penarafan 5 bintang dalam penilaian laman web/portal oleh pihak MAMPU. Sehubungan itu juga, sasaran untuk peningkatan hasil jajahan akan menjadi keutamaan kepada kami untuk menjadi antara jajahan yang terbaik dalam kutipan hasil pada tahun ini.

Kesimpulannya, laman web yang dibangunkan ini akan menjadi satu medium perhubungan antara kakitangan pejabat ini dan orang awam dalam menyalurkan maklumat-maklumat yang terkini dan sahih supaya kemudahan dalam mendapatkan maklumat lebih memudahkan pengguna dengan matlamat mengoptimumkan kemudahan teknologi di hujung jari.

Sekian,wassalam