Bahagian Pembangunan

Bahagian Pembangunan

  • Merancang kerja-kerja pembangunan di peringkat Jajahan Bachok.
  • Melaksanakan projek-projek kecil pembangunan.
  • Menyelaras semua projek-projek kecil pembangunan di peringkat Jajahan.
  • Mengawas dan menilai kesan-kesan dari projek-projek pembangunan.

Peranan Bahagian Pembangunan

Peranan bahagian pembangunan ialah memastikan kerja-kerja pembangunan dilaksanakan dengan berkesan melalui aktiviti-aktiviti seperti membuat perancangan, pelaksanaan, pengesahan projek-projek pembangunan dan keagamaan. Unit ini juga turut berperanan dalam melakukan pembangunan sosial dan menyelaras projek-projek agensi kerajaan.


Di samping itu, bahagian pembangunan juga bertanggungjawab menguruskan Tabung Serambi Mekah dan mengeluarkan sijil layak menduduki untuk rumah-rumah yang baru siap dibina. Sebelum mendapatkan perkhidmatan, para pelanggan haruslah mengisi borang yang berkaitan. Antara borang-borang yang boleh diperolehi ialah:

  • Borang aduan pelanggan (aduan mengenai jalan yang rosak, jambatan runtuh dan lain-lain).
  • Borang bantuan Tabung Serambi Mekah (untuk memohon bantuan membaiki rumah, sara hidup, kebakaran dan lain-lain).
  • Borang permohonan sijil layak menduduki.
  • Borang permohonan mendirikan bangunan.
  • Borang permohonan bantuan elektrik dan air.
  • Borang permohonan tau pembaikan masjid.
  • Borang permohonan galakan industri kampung dan pembangunan.