Bahagian Khidmat Pengurusan

Khidmat Pengurusan

Objektif Bahagian Pentadbiran

  • Menyediakan dan memberikan perkhidmatan yang berkualiti bagi menjamin kelicinan dan keselesaan pentadbiran di peringkat Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok.
  • Menyedia dan memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat dalam Jajahan Bachok melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan, keagamaan, kebajikan, keselamatan, sukan dan sebagainya dengan cemerlang.
  • Bertindak sebagai institusi perantaraan bagi menerima dan menyampaikan polisi, arahan, panduan kajian kepada rakyat dan menerima maklumbalas berhubung dengannya.

Peranan Bahagian Pentadbiran

  • Mengurus hal-hal berhubung dengan kewangan termasuk membayar gaji pegawai/ kakitangan pejabat.
  • Memproses dan mengeluarkan lesen-lesen hiburan dan lesen bahan-bahan kawakan.
  • Urusan keselamatan Jajahan Bachok.
  • Mengadakan kawalan dan pemulihan mangsa-mangsa malapetaka bencana alam (banjir).
  • Mengadakan aktiviti-aktiviti untuk perpaduan rakyat.
  • Menguruskan dan mengadakan berbagai-bagai perayaan.
  • Menganjur dan mengadakan majlis dialog dan ceramah sivik di peringkat Jajahan.
  • Menyelaras kegiatan badan-badan sukarela peringkat Jajahan.
  • Urusan pilihan raya dan daftar pemilih.
  • Urusan pentadbiran peringkat daerah.