TAKLIMAT DKICT & ETIKA PENGGUNAAN SOSIAL MEDIA SEKTOR AWAM

Taklimat Kesedaran Dasar Keselamatan Ict (Dkict) Dan Etika Penggunaan Media Sosial Dalam Sektor Awam Kepada Kakitangan Jabatan Negeri Dan Persekutuan Di Jajahan Bachok telah diadakan pada 22 Zulkaedah1438H bersamaan 15 Ogos 2017 (Selasa) bertempat di Dewan Tok Bachok, Masjid Mahmoodi, Bandar Bachok, Jalan Pantai Irama,16300 Bachok, Kelantan. Penceramah jemputan bagi program ini adalah YBrs. Tuan Haji Mohd Zawawi bin Ab Rahman (Pegawai Teknologi Maklumat [Pembangunan]), Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Pejabat SUK Negeri Kelantan dan YBrs. Encik Rushdan bin Abdullah (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat [Operasi]), Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Pejabat SUK Negeri Kelantan. Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang hadir dan ucapan penghargaan kepada seluruh warga Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program taklimat ini.

Untuk lihat foto sila klik pada URL di bawah ini:  

https://www.facebook.com/pg/Pejabat-Tanah-Dan-Jajahan-Bachok-1529279750693905/photos/?tab=album&album_id=1928482974106912