Daerah Mahligai

Daerah Mahligai

PROFIL DAERAH MAHLIGAI

LATARBELAKANG DAERAH MAHLIGAI
Lokasi- Daerah Mahligai merupakan sebuah daripada 8 daerah dalam jajahan Bachok yang jaraknya lebih kurang 24km daripada pusat bandar Bachok. Daerah Mahligai bersempadan dengan daerah Gunong disebelah timur, Daerah Ketereh disebelah Jajahan Kota Bharu (Barat), Daerah Bukit Jawa Jajahan Pasir Puteh disebelah selatan. Manakala daerah Mahligai terletak lebih kurang 22 km ke arah selatan Bandar Kota Bharu melalui jalan utama Kota Bharu - Pasir Puteh.

BENTUK MUKA BUMI
Bentuk muka bumi daerah Mahligai adalah rendah dan mendatar. Ia merupakan sebuah bukit yang sederahan tinggi iaitu bukit Mak Lipah disebelah barat daerah ini. Keadaan tanah yang rendah mendatar menjadikan Daerah Mahligai mempunyai bendang padi yang luas, sesuai untuk tanaman 2 kali setahun.
Keluasan Daerah Mahligai adalah lebih kurang 19 km persegi dan mempunyai 3 mukim tanah dan 5 mukim penghulu dan 28 buah kampung. Keluasan mukim-mukim adalah sepertimana berikut;-

   Bil       Mukim Penghulu/ Tanah        Keluasan (KM) persegi             Perimeter      
  1.   Alor Bakat                   8             17
  2.   Mahligai                   4             13
  3.   Pak Badol    
  4.   Serdang                   7             16
  5.   Kolam    
    Jumlah                  19             46

SENARAI NAMA MUKIM PENGHULU DAN PENDUDUK

   Bil              Nama Mukim                    Jumlah Kampung         Jumlah Penduduk        
   1.   Alor Bakat              7               2952
   2.   Mahligai              6               2248
   3.   Pak Badol              7               1653
   4.   Serdang              5               1542
   5.   Kolam              3               1712
   5 Mukim        28 kampung               10107 orang

JENIS TANAH
Sebahagian besar tanah dalam daerah Mahligai digunakan untuk tujuan pertanian dimana 60% daripada keluasan tanah adalah sawah padi. Selain itu 30% tanah digunakan sebagai dusun buah-buahan atau pun dikenali sebagai dusun macam-macam. Sebanyak 5% tanah untuk menanam getah dan selebihnya merupakan tanah untuk kediaman penduduk kampung. Taburan kelusan adalah sebagaimana berikut;-

  Bil      Mukim Tanah    Keluasan Km/per   Hekter       Padi       DMM     Getah   Lain-lain
  1.   Serdang    4.2182km    679H    475H    102H    68H    34H
  2.   Mak Lipah    2.8497km    458H    321H    69H    46H    22H
  3.   Alor Bakat    4.9749km    560H    560H    120H    80H    40H

PERHUBUNGAN DAN PENGANGKUTAN
Rangkaian jalan-jalan daerah Mahligai adalah terdiri daripada jalan persekutuan 2.9 km. Manakala jalan-jalan negeri terdiri dari jalan simpang tiga Mahligai ke Alor Bakat dan ke Gunong, serta jalan simpang tiga Pak Badol melalui Kolam ke Kedai Menanti di Pasir Puteh. Selain daripada itu, kemudahan pengangkutan awam seperti bas, teksi dan sebagainya untuk kemudahan masyarakat yang tinggal di daerah ini.
Jadual dibawah menunjukan bilangan jalan negeri di daerah Mahligai;-

   Bil      Mukim            Jalan Negeri   Jalan Tar     Jalan Batu    Jalan Tanah
   1.   Alor Bakat           1        12          7  
   2.   Mahligai           1        16          5          3
   3.   Pak Badol           1        12          3          2
   4.   Serdang           1        10          2          2
   5.   Kolam           1          9          1  

 STRUKTUL FIZIKAL
Daerah Mahligai juga turut terlibat dengan ancaman bencana banjir pada musim tengkujuh. Ianya berlaku akibat limpahan sungai Melor. Antara kawasan yang terlibat pada setiap tahun serta pusat pemindahan banjir adalah sebagaimana berikut;-

   Bil       Kampung Terlibat        Pusat Pemindahan      Jumlah Keluarga       
    1.   Kampung Tasik   Madrasah Bukit Mak Lipah              50
    2.   Kampung Pak Koja   Madrasah Bukit Mak Lipah              50
    3.   Kampung Pelunggol   Sek. Men. Alor Bakat             100

PENTADBIRAN DAERAH
Daerah Mahligai ditadbir oleh seorang penggawa dan dibantu oleh seorang Pembantu Penggawa. Seorang penggawa akan dibantu oleh Penghulu kampung yang mana fungsinya adalah untuk mengetuai dan menerajuai pemimpin setiap kampung yang terdapat didalam daerah Mahligai. Semua penghulu dilantik oleh kerajaan Negeri secara kontrek. Selain itu juga terdapat beberapa orang Iman Mukim yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Kelantan secara kontrek dan iman tersebut akan menjadi Iman di Masjid mukim masing-masing.

NAMA PENGGAWA

NAMA PENGGAWA :
EN. SULAIMAN BIN IBRAHIM

NAMA PEMBANTU PENGGAWA
EN. MOHAMED BIN SETAPA

Alamat: Pejabat Penggawa Daerah Mahligai, Lot 501 Kg. Pak Badol, Bachok, Kelantan.

Jawatankuasa Pembangunan Ummah Mukim (JAPEM)
Jawatankuasa Pembangunan Ummah peringkat Mukim (JAPEM) telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri bagi menghidupkan peranan dan tanggungjawab Japem di setiap Mukim-mukim Penghulu dan membentuk Japem menjadikan sebuah jawatankuasa yang berindentiti mengikut dasar kerajaan. Selain itu, ia berfungsi dan berperanan sebagai penghubung antara Kerajaan dan Rakyat. Jawatankuasa dianggotai oleh yang berhormat atau seseorang dilantik sebagai Pengerusi, Timbalan Pengerusi Penggawa Daerah bagi semua mukim dalam daerahnya. Penghulu Mukim bertindak sebagai Setiausaha bagi Japem serta 8 orang AJK yang dipilih dari kalangan AJK Masjid, Guru Halaqah, belia serta pemimpin tempatan.

Peranan JAPEM dalam masyarakat:
1. Aspek Sosial
2. Aspek Ekonimi
3. Aspek Keagamaan
4. Menghidupkan semangat gotong royong

SENARAI NAMA MUKIM DAN PENGHULU DAERAH MAHLIGAI

   Bil     Nama Mukim         Nama Penghulu       Tarikh Dilantik    
   1.   Alor Bakat   Manshor bin Abd. Rahman   01/01/1997
   2.   Mahligai   Mukhtar bin Ahmad   01/01/2000
   3.   Serdang   Che Hussin bin Che Man   01/01/2001
   4.   Serdang   Ismail bin Salleh   01/01/2001
   5.   Kolam   Mat Hassan bin Mat   01/01/2004

 

DESA TAQWA MUKIM SERDANG
Desa Taqwa Serdang, Mahligai telah dirasmikan oleh Yang Amat Berharmat Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan iaitu Tuan Guru Dato’ Hj Nik Abd Aziz bin Nik Mat pada 21 September 1993. Masjid mukim Serdang merupakan tempat dilangsungkan majlis Pelancaran dan Pusat Operasi untuk tujuan mesyuarat dan sebagainya bagi program anjuran JAPEM. Pada waktu pelancaran sebanyak RM 50,000.00 telah diperuntukkan untuk menjayakan aktiviti dan program dibawah JAPEM.

Bagi tujuan menggerakkan Desa Taqwa dengan lebih lancer dan berkesan. Peruntukan tersebut diagihkan serta pembahagian tugas dibuat melalui dengan mewujudkan lujnah-lujnah tertentu yang sesuai mengikut keperluan program tersebut. Senarai lujnah yang wujud serta ketua bagi lujnah terbabit adalah sebagaiman yang berikut:
 

Bil Nama Lujnah Peruntukkan diberi (RM) Nama Ketua Lujnah
1 Kefahaman Dan Penghayatan Islam 4,000.00 Ustaz mohd Yusoff B. Mahmood
2 Pembinaan Perpustakaan 4,000.00 Tuan Hj Abdullah bin Omar
3 Kelengkapan Rumah Ibadah 5,000.00 En. Mohd Yusoff bin Karim
4 Kelengkapan Kelas PASTI 5,000.00 En. Abu Bakar bin Ab. Rahman
5 Tabung Sosial Ekonomi 32,000.00 Wan Nawang b. Wan Jaafar
  JUMLAH 50,000.00  


Desa Taqwa telah bergiat secara aktif dan diberi kepercayaan oleh Ketua Jajahan Bachok untuk mewakili Jajahan bachok dalam Pertandingan Desa Taqwa peringkat Negeri Kelantan pada tahun 1997. Berkat dari kerjasama yang erat antara peserta-peserta Desa Taqwa dan pihak Pentadbiran, Desa Taqwa Serdang telah muncul sebagai Johan di Jajahan Bachok pada 16 September1997. Pada 1998, pihak ketua jajahan Bachok sekali lagi memberi peluang kepada Desa Taqwa Serdang untuk menyertai Pertandingan Kampung Tercantik Peringkat Negeri Kelantan anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Desa Taqwa Serdang telah mencatat sejarah dengan memenangi tempat ketiga.

Senarai Nama Ahli Jawatankuasa Desa Taqwa Serdang

Pengerusi - En. Ismailbin Hj Salleh
Setiausaha - Tuan Hj Abdullah bin Hj Omar
Bendahari - Imam Khalid Bin Hassan
Ahli J/Kuasa - En. Mohd Yusoff bin Mahmood
                        - En. Abu Bakar bin Ab Rahman
                        - En. Zakaria bin Mohamed
                        - En. Omar bin Abd Rahman
                        - En. Mazlin bin Muhammad
                        - En. Mat Noor bin Awang
                        - Puan Radziah bt Hasbullah
                        - Puan Zawiah bt Abd Rahman

KEMUDAHAN KEAGAMAAN

   Bil    Mukim             Masjid        Surau/Madrasah      Kuil        Gereja      Lain-lain
   1.   Alor Bakat        1              8       -       -        -
   2.   Mahligai        1              4       -       -        -
   3.   Pak Badol        1              9       -       -        -
   4.   Serdang        1              9       -       -        -
   5.   Kolam        1              7       -       -        -

MASJID DAN IMAN

   Bil            Masjid             Lokasi              Nama Iman      Keluasan Tanah 
   1.   Masjid Alor Bakat   Kg. Alor Bakat    Shamsuki bin Kasri        392 Depa
   2.   Masjid Mahligai   Kg. Mahligai   Suhaimi bin Salleh       1025 Meter
   3.   Masjid Nuruk Ihsan
  Mukim Serdang
  Kg. Permatang Pauh   Khalid bin Hassan       335 Depa
   4.   Masjid Tok Junoh
  Kolam
  Kg. Tok Junoh   Ahmad Umar Ab. Rasyed       396 Depa