SELAMAT DATANG >>

Terima Kasih Kerana Mengunjungi Laman Web Projek DiRaja Kelantan Jajahan Bachok

Menu

Pengenalan
Kemajuan
Galeri

Halaman Utama

 

   Hubungi Kami


PEJABAT TANAH DAN
JAJAHAN BACHOK
16300 BACHOK,
KELANTAN
ptjb@kelantan.gov.my

TEL     : 09-7788963
            09-7788314
FAKS  : 09-7789500


 

   
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
   
     KEMAJUAN PROJEK DIRAJA KELANTAN II JAJAHAN BACHOK
 

:: PDRK II - Projek Penempatan Masyarakat Setempat ::

 

  Pengenalan

 

Projek DiRaja Kelantan II Jajahan Bachok, Kg. Pohon Nenasi dilaksanakan pada tahun 2005 di bawah peruntukan Skim Pembangunan Dan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) dengan kerjasama Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok.

   
 

  Objektif

 

i)   Merealisasikan objektif RISDA iaitu peserta PPRT dari kumpulan miskin tegar
     memperolehi pendapatan RM2000 sebulan sekeluarga menjelang akhir tahun
     RMK9.

ii)  Mewujudkan projek contoh / perintis yang akan menjadi asas pembangunan
     kawasan setempat dan sekitar.

   
 

 Penglibatan Agensi

 
  1. Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok

  2. RISDA

  3. Jabatan Pertanian

  4. LPP Bukit Awang

  5. Jabatan Perkhidmatan Awam

  6. Bank Pertanian

  7. MARDI

  8. JPS

  9. KEMAS

  10. JKR

 

 Perlaksanaan Projek Tanaman Tembikai dan Tanaman Jagung

 

Projek tanaman ini dibahagikan kepada 2 iaitu 5 ekar dengan tembikai dan 5 ekar tanaman jagung. Aktiviti pertanian melibatkan 10 peserta sahaja. Penanaman jagung mulai ditanam pada 1.7.07 dan kutipan hasil dilakukan pada 30.8.07. Berat tembikai mengikut gred ialah 10,025 kg dan pecahan berat mengikut gred yang dijual kepada FAMA Jajahan Bachok ialah seperti berikut:-
 

 
   YABrs. Ketua Jajahan Bachok menyempurnakan
kutipan hasil tembikai
Kerja-kerja pembajaan dilaksanakan
secara bergotong-royong
   
 
Bil. Perkara Kuantiti
(kg)
Harga seunit
(sen)
Jumlah Harga
(sen)
1 Tembikai Bouche B 6700 0.50 3,355.00
2 Tembikai Bouche C 2945 0.25   736.25
3 Tembikai Kuning B 300 0.50   150.00
4 Tembikai Kuning C 70 0.25     17.50
  Jumlah Jualan runcit kepada pengguna  biasa = RM450.00
Jumlah Besar = RM 4,708.75 
   
 

Tanaman jagung bagi aktiviti pertanian  bagi 5 ekar lagi mula ditanam pada 1/8/07 dan dijangkakan dapat dituai pada  akhir bulan September 2007.  Maklumat lanjut mengenai pendapatan ada disertakan  dilampiran berkembar.

   
 
Bil. Perkara Kuantiti
(Tongkol)
Harga/Tongkol
(RM)
Jumlah
(RM)
1 Jagung Gred A 6110 0.20 1,222.00
2 Jagung Gred B     30 0.10     30.00
   
 

Jabatan Pengairan Dan Saliran  telah menjalankan kerja-kerja penggerudian bagi  sistem pengairan yang  menggunakan air bawah tanah sebagaimana dalam lapuran bergambar.Bagi aktiviti  ternakan pula, Jabatan Perkhidmatan Haiwan mengesyorkan ternakan Itik Maskovi dan jabatan ini juga bersetuju membekalkan anak-anak itik pada bila-bila masa. Jumlah bekalan permulaan  ialah 100 ekor anak itik bagi setiap peserta. Bekalan anak itik tertangguh kerana pusat bekalan terpaksa dikurantinkan kerana wabak penyakit Selsema Burung.

   
 

 Maklumat Projek

  Di atas kesungguhan dan komitmen yang tinggi ditunjukkan oleh peserta projek ini, YB Dato Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Projek DiRaja Negeri Kelantan telah meluluskan modal pusingan bagi peserta projek pertanian sebanyak RM 30,000.00.
   
 

 Laporan Kemajuan Projek Ekonomi

  Aktiviti  projek ekonomi lain kini  telah berjalan dengan baik . Kesemua bekalan kueh segera keropok dan seumpamanya mendapat  sambutan memuaskan.
 
  Perlaksanaan program / projek kebun dapur yang diperkenalkan di PDRK II telah dapat meningkatkan pendapatan peserta. Hasilan sayuran tersebut dapat menampung keperluan dapur yang mana  mengurangkan beban belanja harian dan di samping lebihan sayuran itu dapat dijual.
 
  Dalam  pelaksanaan projek ini , semua peserta diberi kebebasan menjalankan kerja atau aktiviti bagi mempertingkatkan  pendapatan isirumah. Di antara kerja-kerja yang diceburi dan dilakukan peserta kini ialah tukang rumah, pembantu kedai / kantin sekolah, pengasuh anak, mencari dan menjual barang lusuh dan lain-lain lagi.
 
  Satu jawatankuasa teknikal telah dibentuk bagi memantau perlaksanaan projek pertanian. Ahli jawatankuasa terdiri dari berbagai agensi dan jabatan iaitu  Jabatan Pertanian , Jabatan Haiwan, MARDI , FAMA dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).
   
 
  Tanaman pokok mangga keliling rumah  
kurniaan
DYMM Raja Perempuan telah
mula mengeluarkan hasil
Projek Kebun Dapur
 
   
   
   
















































 

 

 

 

 




















































 

 


    PENAFIAN:PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN BACHOK tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat
    dalam laman ini.

    DISCLAIRMER:PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN BACHOK shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.

.© Copyright 2007 Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok.All Rights Reserved